Wednesday 21 November 2012

Hatiku bukan miliknya lagi

Assalamualikum....lama dah rasa nyer ta update blog..hehe..almaklumla.......sekarang ni tgh musim ''exam fever'' la katakan memang tak dapat la den na bantu update blog hari2..hehe...takpe2...hari ini saya akan update blog mengenai hati...wah...macam seronok tapi tak tahu la kan seronok ke tidak...sebenarnya....jeng jeng jeng...hehhehe....tajuk ini memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya...bukan apa lah kan....cuma hati saya ni ta berapa nak tenteram sejak mulanya exam STPM saya ni...bukan apa yelah diri ni dianggap berteman namun temannya sentiasa tiada disamping..untuk menyedapkan hati..saya selalu berkata bahawa teman saya itu sibuk dengan kerja jadi saya pun dilupakan..kalau ikut akal memang la logik...tapi kalau ikut keadaan yang sebenar saya ni mungkin dah ditinggalkan....hahah...rasa lawak pula...hehe....sebenarnya ditinggalkan atau meninggalkan merupakan satu istilah yang tidak pernah lari dalam sesuatu perkenalan yang berlaku cuma kita tidak mengetahui bila berlakunya pertemuan itu dan bila berlakunya perpisahan itu cuma kita hanya akan sedar bila kita sudah ditinggalkan....jadi istilah itu memang sudah sebati dengan diri saya...tidak hairanlah jika saya sering kesepian atau kesunyian...namun apa yang saya paling pasti bahawa...diri saya tidak keseorangn meskipun saya tidak berteman seperti kawan2 saya yang lain kerana saya tahu bahwa Tuhan sentiasa ada disamping saya jadi tidak lah perlu bagi saya untuk sentiasa tertekan kerana hati saya ini sepenhunya milik Dia....Dia memberi saya hati ini hanya untuk sementara agar saya merasai nikmatnya mempunyai pasangan meskipun sementara....tapi saya lebih gemar berada dalam keadaan yang sebegini...kerana saya sentiasa merasa kasih sayang dari Allah...saya juga insan biasa yang ingin menyayangi dan disayangi..namun jika sudah tertulis untuk saya yang sekaranag bukan masanya untuk saya merasai itu semua jadi saya redha...kerana segala yang berlaku adalah takdir dari Allah untuk saya ...Dia ingin menguji kekuatan iman saya...adakah saya akan lemah dengan segala ujian yang diberi atau saya akan bangun menjadi muslimah yang lebih tabah....ingatlah para muslimah.....tidak berpasangan seperti teman yang lain bukan beerti kita tidak laku...tetapi hati kita hanya terhad untuk insan yang bergelar suami sahaja....yang menjadikan kita halal untuk melakukan apa sahaja dengan pasangan kita...jadi tidak perlulah kita berasa cemburu...kerana setiap apa yng berlaku pasti ada hikmahnya....sabarlah wahai hati...kerana sabar itu indah...jadi ingatlah kerana hati kita adalah milik pencipta bukan milik sesiapa.....cintailah Allah dan Rasul....janganlah terlalu mencintai manusia..kerana belum tentu cinta kita akan dibalas....kerana cinta yang kekal abadi adlah cinta kepada Illahi yang hakiki...jika hari ini kita bersedih kerana insan yng bergelar adam....sentiasalah muhasabah diri dengan mengatakan bahawa insan yang harus aku bersedih hanyalah untuk insan bergelar suami sahaja...kerana insan yang bergelar adam bukanlah sesiapa untuk kita tidak harus kita sedihkan..ha kan ...nampk tak..hehe...sudak cukup2 sudah..wah menyanyi pula.....alhamdulillah....saya sudah update jemputlah baca..jangan segan2....penulisan ini bukan untuk sesiapa tetapi lebih kepada diri saya sendiri.....akan mnyusul yang lain pula......adios semua....assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment